fbpx

Bekas pengarah syarikat sewa kapal ditahan SPRM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PUTRAJAYA – Seorang bekas pengarah syarikat yang membekalkan perkhidmatan penyewaan kapal ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini kerana disyaki memberi rasuah sebanyak RM321,350.

SPRM berkata, suspek memberi wang suapan itu sebagai imbuhan memberikan subkontrak penyewaan kapal dalam kerja-kerja cari gali minyak.

Katanya, kejadian tersebut berlaku antara 29 Jun hingga 14 Oktober tahun lalu melibatkan nilai keseluruhan projek sebanyak RM1 bilion.

“Lelaki berusia 64 tahun tersebut ditahan petang tadi di Ibu Pejabat SPRM Putrajaya,” katanya hari ini.

Suspek akan dituduh di Mahkamah Sesyen Shah Alam, Selangor pagi esok di bawah Seksyen 16 (b)(A) Akta SPRM 2009 (ASPRM 2009) bagi kesalahan memberi suapan untuk mendapatkan kontrak penyewaan kapal.

Sementara itu, seorang pengarah syarikat sama turut dipanggil untuk membantu siasatan dan akan dituduh bagi mewakili syarikat tersebut di bawah Seksyen 17A ASPRM 2009 iaitu berkaitan kesalahan liabiliti korporat.

Suspek juga akan dituduh di Mahkamah Shah Alam, pagi esok.

Ini merupakan kes pertama bagi kesalahan di bawah Seksyen 17A ASPRM 2009 sejak dikuatkuasakan pada 1 Jun tahun lalu. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI