fbpx

Minyoung mungkir janji cukur rambut

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MINYOUNG

PENYANYI kumpulan Brave Girls’ iaitu Minyoung pernah membuat janji untuk mencukur rambut sekiranya lagu Rollin’ yang diluncurkan pada Mac 2017 menduduki tangga pertama dalam carta muzik.

Biarpun selepas empat tahun, namun peminat masih ingat akan janji yang pernah diucapkannya suatu ketika dahulu sehingga menyerang ruangan mesej dalam media sosial miliknya.

“Saya terima banyak mesej dalam media sosial selepas lagu Rollin’ memasuki carta. Ramai peminat mengingatkan saya tentang janji mencukur rambut dan mahu saya mengotakan janji.

“Tetapi semua janji tersebut dibuat empat tahun lalu. Boleh tak kalau kalian lepaskan saya kali ini? Saya berjanji akan jadi orang baik,” ujarnya sambil ketawa ketika muncul dalam sidang akhbar program TMI News.

Pada masa sama, penyanyi itu meluahkan rasa bangga dan tidak sangka lagu tersebut berjaya menduduki tangga pertama.

Rollin’ menuai sambutan luar biasa selepas seorang YouTuber berkongsi suntingan video persembahan Brave Girls’ berserta dengan komen pengguna dalam platform berkenaan.

“Kami tidak berpeluang bertemu peminat disebabkan pandemik. Kami juga ada peminat di kem latihan tentera. Jika kami berjaya menduduki tangga pertama, saya mahu kumpulan Brave Girls’ mengadakan konsert dalam talian,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI