fbpx

“Allah balas setiap kesalahan secara terus” – Hakim

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

SHAH ALAM – Seorang bekas pembantu penguat kuasa Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) diingatkan bahawa setiap kesalahan (termasuk rasuah) akan dibayar secara terus oleh tuhan selepas mengaku bersalah atas dua pertuduhan pilihan menerima wang tunai berjumlah RM960 bagi membocor maklumat operasi SPAD, lima tahun lalu.

Hakim Rozilah Salleh menjatuhi hukuman penjara sebulan terhadap tertuduh, Mohd. Faiz Ahdon, 36, dan denda RM5,000 bagi setiap pertuduhan tersebut.

Mohd. Faiz juga diperintahkan menjalani penjara tambahan enam bulan bagi setiap pertuduhan berkenaan sekiranya gagal membayar denda tersebut.

Rozilah dalam penghakimannya menegaskan perbuatan dilakukan adalah serius dan merupakan kesalahan akhir zaman.

“Saya tidak tahu apa yang kamu mahu lakukan dengan wang yang kamu perolehi secara rasuah ini tetapi Allah akan membayar (hukuman) setiap kesalahan kepada kamu secara ‘cash’ (terus),” katanya.

Mengikut kedua-dua pertuduhan, Mohd. Faiz sebagai pegawai penguat kuasa Gred L11 di Jabatan Penguat kuasaan Wilayah Tengah SPAD, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) telah menerima wang keseluruhan RM960 daripada seorang lelaki berusia 58 tahun yang dimasukkan dalam akaun sebuah bank milik seorang wanita.

Pemberian wang itu untuk membocorkan maklumat operasi SPAD serta tidak mengambil tindakan undang-undang terhadap empat individu (pemandu teksi sapu) berusia 57 hingga 71.

Perbuatan itu dilakukan tertuduh di sebuah bank di Bandar Puteri Puchong pada 11 dan 19 Januari 2016.

Sabit kesalahan boleh dipenjara sehingga dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali mengikut Seksyen 165 Kanun Keseksaan.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI