fbpx

Taman Bukit Layang-layang dinaik taraf Taman Awam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Zuraida membuat tinjauan di Taman Bukit Layang-layang, Pasir Gudang, Johor Bahru yang akan dinaik taraf menjadi Taman Awam.

JOHOR BAHRU – Taman Bukit Layang-Layang, Pasir Gudang di sini akan dinaik taraf menjadi Taman Awam kedua dalam negara selepas Taman Awam Bukit Kiara di Kuala Lumpur.

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Zuraida Kamaruddin berkata, Taman Bukit Layang-Layang mempunyai potensi yang cukup besar yang mempunyai nilai tambah iaitu muzim layang-layang, pertama seumpamanya dalam negara.

Katanya, langkah tersebut adalah selaras dengan aspirasi kementerian supaya setiap negeri mempunyai Taman Awam yang tersendiri.

“KPKT bersetuju menaik taraf Taman Bukit Layang-Layang Pasir Gudang menjadi Taman Awam kedua di negara ini berikutan keunikan dan potensi pelancongannya.

“KPKT juga mahu setiap negeri sekurang-kurangnya mempunyai sebuah Taman Awam menjelang 2030, bertepatan dengan aspirasi kementerian,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas meninjau PPR Sungai Melana Fasa II yang sudah siap pembinaannya hari ini.

Yang turut hadir ialah Ahli Parlimen Tebrau, Steven Choong Shiau Yoon dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Puteri Wangsa, Mazlan Bujang.

Terdahulu, Zuraida turut meninjau Taman Bukit Layang-Layang serta tapak penjaja di kawasan Majlis Bandaraya Pasir Gudang (MBPG).

Dalam pada itu, Zuraida memberitahu, KPKT meluluskan peruntukan berjumlah RM2.45 juta kepada MBPG bagi tujuan menjalankan kerja-kerja menaik taraf di kawasan berkenaan.

“Ia melibatkan kerja membina dan membaik pulih gerai makan dan tapak penjaja di Jalan Meranti 5, Taman Rinting, Jalan Persiaran Scientex dan Taman Scientex.

“Peruntukan itu juga digunakan bagi kerja membina dan baik pulih tapak penjaja di Jalan Sena 10, Jalan Sena dan Taman Air Biru selain kerja membaiki cerun runtuh di Kampung Sentosa Barat, DUN Tiram, Parlimen Tebrau dan Pasir Gudang, ” ujarnya.-K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI