fbpx

Pemuda dikhuatiri lemas terjatuh Sungai Pahang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Operasi mencari seorang pemuda yang hilang selepas terjatuh ke Sungai Pahang berhampiran Kampung Lada, Jerantut dimulakan hari ini.

JERANTUT – Seorang pemuda dikhuatiri lemas selepas terjatuh ke dalam sungai Pahang berhampiran sebuah sangkar ikan di Kampung Lada di sini, hari ini.

Difahamkan dalam kejadian kira-kira pukul 3.15 pagi itu, mangsa Arrif Helmi Saharudin, 26, tergelincir daripada sangkar ikan dan jatuh ke dalam sungai sebelum dibawa arus sungai.

Ketua Polis Daerah Jerantut, Superintendan Mazlan Hassan berkata, operasi mencari dan menyelamat telah digerakkan bermula pukul 8 pagi ini.

“Operasi turut melibatkan pasukan penyelam bomba dan setakat ini mangsa masih belum ditemukan,” katanya di sini, hari ini.

Sementara itu, Ketua Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Jerantut Mohamad Zulkifli Mohamad Zainal berkata, operasi pencarian digerakkan sejauh dua kilometer daripada kawasan mangsa dipercayai jatuh. – K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI