fbpx

Sang Penyu ‘lemaskan’ Gergasi Merah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PEMAIN TFC, Mohamad Hakimi Abdullah (tengah) meraikan gol ketiga ketika membantu skuad Sang Penyu membenam Selangor FC 3-1 di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin kelmarin. – PUQTRA HAIRRY ROSLI

Oleh TENGKU DANISH BAHRI TENGKU YUSOFF

PENGENDALI Terenggganu FC (TFC), Mohd. Nafuzi Zain ceria apabila percaturannya serba menjadi hingga membolehkan skuad Sang Penyu gah melemaskan Gergasi Merah 3-1 pada aksi Liga Super di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Kuala Terengganu kelmarin.

Beliau berkata, dua pemain gantian telah memberi impak sebagai penjaring gol yang membawa kemenangan berharga tersebut.

“Kemasukan Rahmat Makasuf dan Hakimi Abdullah pada babak kedua berjaya menyuntik tenaga baharu ketika Selangor FC rancak memburu tambahan gol.

“Selepas mendahului 2-0, anak-anak buah saya cuba bertahan untuk mengekalkan kelebihan, namun hilang fokus sehingga Selangor cuba merapatkan kedudukan dengan menambah tekanan kepada kami,” katanya ketika ditemui selepas perlawanan kelmarin.

Nafuzi berkata, bagaimanapun pemain-pemain kekal ber­disiplin dan beliau kemudiannya melakukan pertukaran pemain sebagai keputusan taktikal.

Jelas beliau, pertukaran pemain berkenaan bertujuan untuk menambah tenaga pasukan untuk bertahan sambil melancarkan serangan balas yang kemudiannya berjaya menghasilkan jaringan ketiga pada masa kece­deraan.

Dalam pada itu, Nafuzi turut memuji kemampuan skuad bimbingannya mendominasi pasukan lawan yang disifatkan lebih berpengalaman dan mempunyai kelebihan di atas kertas.

“Kita menang walaupun tanpa tiga tonggak import yang ce­dera iaitu Petrus Shitembi, David Da Silva dan Chris Herd.

“Jika dibandingkan, Selangor dibarisi ramai pemain kebangsaan selain tonggak import ternama tetapi TFC berjaya bermain lebih baik sebagai satu unit,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI