fbpx

Pusat penyelidikan tanaman ubi di Mardi Telong

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Che Abdullah (kanan) menuai ubi keledek jenis lembayung di Pusat Kecemerlangan Penyelidikan Ubi-Ubian Mardi di Telong, Bachok hari ini.

BACHOK – Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (Mardi) Telong di sini dinaik taraf sebagai Pusat Kecemerlangan Penyelidikan Ubi-Ubian Mardi (Coe) dalam usaha untuk membangunkan sektor pertanian industri hiliran berasaskan keledek.

Timbalan Menteri Pertanian dan Makanan II, Datuk Che Abdullah Mat Nawi berkata, berkata, penarafan baharu yang bermula hari ini merupakan penghargaan kepada pakar dan penyelidik yang berjaya merealisasikan Mardi sebagai gedung ilmu kepada petani.

Menurutnya, setakat ini, Mardi Telong di sini berjaya mengumpulkan sebanyak 40 jenis ubi keledek dari dalam dan luar negara.

“Komponen varieti keledek merupakan bahan utama penyelidikan bagi melihat potensi selain dijadikan induk bagi program pembakaan.

“Selain kajian tanaman, Mardi Telong juga dilihat berjaya menghasilkan penyelidikan bagi penghasilan produk hiliran dalam membangunkan Industri Kecil dan Sederhana (IKS) sekali gus mampu melahirkan usahawan baharu,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas Majlis Perasmian Coe, Pelancaran Varieti Baharu, Produk Hiliran dan Manual Teknologi Ubi Keledek hari ini.

Hadir sama, Ketua Pengarah Mardi, Datuk Dr. Mohamad Roff Mohd. Noor.

Dalam majlis itu, Mardi Telong turut memperkenalkan ubi keledek jenis baharu yang dikenali sebagai keledek lembayung

Mengulas lanjut, menurut Che Abdullah, Mardi Telong mengusahakan penyelidikan berasaskan ubi-ubian bagi membantu peningkatan pengeluaran, ekonomi petani, strategi baharu mempromosikan makanan berkhasiat yang memberi manfaat kesihatan sejak empat tahun lalu.

Katanya, sehubungan itu, penghasilan baka baharu ubi jenis lembayung yang lebih berkhasiat untuk diproses menjadi tepung dan pasta bakal menjana pendapatan petani.

“Selain itu, ubi baka baharu ini berupaya menjadi bahan utama bagi penghasilan kek cawan dan aiskrim. Baka ini boleh diusahakan sebagai anak benih yang memuatkan 30,000 anak benih untuk satu hektar.

“Setakat ini, lebih 3,000 petani di Kelantan, Perak dan Johor mula mengusahakan baka keledek itu,” katanya.-K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI