fbpx

Liga Super: Penyokong perlu percayakan KDN FC

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
VALDUMAR (tengah) masih belum menemui sentuhan terbaik untuk mecetak namanya sebagai penjaring buat KDN FC.

PENGENDALI Darul Naim FC (KDN FC), Park Jae-hong merayu semua penyokong bola sepak Kelantan agar terus percaya dengan keupayaan pasukan itu untuk terus memberikan cabaran pada kempen Liga Super musim ini selepas tewas 2-3 kepada Sabah kelmarin.

Jae-hong berkata, KDN FC tidak boleh menjadi sebuah pasukan yang kuat secara tiba-tiba, tetapi perlu terus berusaha meningkatkan prestasi dan melalui proses selangkah demi selangkah ke arah itu.

“Hari ini (malam kelmarih) ramai penyokong bola sepak Kelantan membanjiri stadium, tetapi kami berasa sangat sedih kerana tidak mampu menghadiahkan kemenangan buat mereka.

“Bagaimanapun, saya merayu kepada semua penyokong agar terus percaya kepada kami (KDN FC) dan kami akan mempertingkat usaha untuk perlawanan seterusnya,” katanya ditemui pemberita selepas perlawanan Liga Super di Stadium Sultan Muhammad IV, di Kota Bharu malam kelmarin.

Bekas pemain kebangsaan Korea Selatan itu turut meminta penyokong memberikan ruang dan peluang kepada dua penyerang importnya, Chadrack Muzungu dan Te Valdumar Augusto yang dikhabarkan belum pulih sepenuhnya daripada kecederaan.

Menurutnya, kedua-dua pemain itu masih lagi sebahagian daripada pasukan dan perlu terus dibantu untuk mencapai prestasi terbaik untuk melengkapi jentera serangan Sang Kijang Emas.

“Kami akan terus memberi motivasi kepada mereka berdua termasuk juga latihan individu. Kita akan cuba ubah cara berfikir mereka ke arah menjadi pemain yang lebih baik.

“Setiap hari kami berusaha mempertingkatkan kondisi serta taktikal pasukan. Apa yang pasti pada masa hadapan, KDN FC akan menjadi sebuah pasukan yang lebih baik berbanding dengan apa yang dilihat pada masa kini,” katanya.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI