fbpx

Sarawak United FC benam Perak FC II 3-0

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pemain Sarawak United FC, Muhammad Gopi Rizqi (kiri) mengawal bola melepasi pemain Perak FC II, Aidil Faqir Yousni (kanan) dalam perlawanan Liga Premier 2021 di Stadium Perak, Ipoh hari ini. Foto - ZULFACHRI ZULKIFLI

IPOH – Sarawak United FC meneruskan rentak cemerlangnya dalam kancah Liga Perdana 2021 apabila menumpaskan Perak FC II 3-0 di Stadium Perak di sini sebentar tadi.

Dua jaringan Uche Agba dan Norshahrul Idlan Talaha mencukupi buat anak buah E. Elaravasan merakam kemenangan keduanya setakat ini.

Sebelum ini, Sarawak United FC membuka kempen dengan kejayaan 2-0 ke atas Kelantan United FC, Ahad lalu.

Begitupun kejayaan pelawat memang telah diduga berdasarkan barisan pemain dimiliki berbanding tuan rumah yang dibarisi pemain Piala Presiden Perak menyaksikan perlawanan ibarat antara guru dengan murid.

Bagaimanapun kemenangan tidak mudah buat Sarawak United FC kerana menerima tentangan daripada anak didik Syamsul Mohd Saad.

Cuaca panas petang turut menjejas persembahan Sarawak United FC biarpun menguasai perlawanan.

Pelawat terpaksa meneruskan perlawanan dengan 10 pemain selepas Muhammad Zahril Azri Zabri diperintah keluar padang kerana mengutip kad kuning kedua pada minit ke-81.

Selepas menunggu 35 minit akhirnya Norshahrul Idlan Talaha atau Matyo memecah kubu lawan untuk pelawat mendahului pada babak pertama.

Tuan rumah berpeluang menyamakan kedudukan tetapi rembatan Muhammad Alif Zikri tersasar sejurus sebelum rehat.

Babak kedua menyaksikan Perak FC II memasukkan semua pemain utamanya untuk memberi tentangan kepada lawan.

Namun Sarawak United FC nyata sukar digugat dan berjaya menambah dua gol melalui Uche (penalti) minit ke-75 dan minit ke-81. – K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI