fbpx

Tembak isteri: Ujian DNA sahkan identiti mangsa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mayat mangsa ditemui dalam keadaan disumbat ke dalam tong air sebelum ditanam di sebuah ladang di Bandar Penawar, Kota Tinggi, kira-kira 30 kilometer dari kediaman mereka.

JOHOR BAHRU – Ujian asid deoksiribonukleik (DNA) yang dilakukan ke atas mayat seorang wanita ditemui dalam tong air disahkan identitinya sebagai isteri yang ditembak suaminya menggunakan senapang angin di Taman Saujana, Kota Tinggi, Isnin lalu.

Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, keputusan DNA itu diperoleh malam ini dan keluarga mangsa telah menuntut jenazah wanita tersebut.

“Keputusan DNA sudah diterima dan sampel mangsa yang diuji sepadan dengan sampel keluarga terdekatnya.

Artikel berkaitan : Suami tembak isteri sedang tidur guna senapang angin

Artikel berkaitan : Jiran angkat tong air bongkar rahsia suspek

“Jenazah Allahyarhamah dijangka dikebumikan di kampung halamannya di Terengganu,” katanya ketika dihubungi pemberita, di sini malam ini.

Ayob Khan sebelum ini dilaporkan berkata pihaknya tidak menolak kejadian itu berkemungkinan bermotifkan perasan cemburu.

Dalam kejadian pada pukul 2.30 pagi Isnin lalu, mangsa, 32, yang bekerja sebagai kerani ditembak pada bahagian dada ketika sedang tidur di rumahnya di Taman Saujana, Kota Tinggi.

Mayat mangsa kemudiannya disumbat ke dalam tong air sebelum ditanam di sebuah ladang di Bandar Penawar, Kota Tinggi, kira-kira 30 kilometer dari kediaman mereka.

Rahsia pembunuhan itu terbongkar selepas jiran yang juga rakan suspek memberi maklumat kepada polis ketika siasatan dilakukan berhubung mangsa yang dilaporkan hilang.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI