fbpx

Suami tembak isteri sedang tidur guna senapang angin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ayob Khan menunjukkan tong air berwarna biru yang digunakan suspek untuk memasukkan mayat isterinya sebelum ditanam di ladang kelapa sawit di Bandar Penawar, Kota Tinggi Foto oleh RAJA JAAFAR ALI

JOHOR BAHRU – Suami yang didakwa membunuh isterinya angkara cemburu dipercayai menembak mangsa dengan senapang angin pada jarak yang dekat dalam kejadian di Taman Sri Saujana, Kota Tinggi dekat sini, Isnin lalu.

Suspek yang berusia 43 tahun bekerja sebagai pemandu jengkaut disyaki membunuh isterinya, berusia 38 tahun, kira-kira pada pukul 2.30 pagi ketika sedang nyenyak tidur.

Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, suspek kemudian bertindak memasukkan mayat isteri ke dalam tong air berwarna biru.

“Polis menerima laporan berkaitan orang hilang pada 1 Mac yang memaklumkan mangsa keluar rumah pada pukul 2 pagi selepas berlaku perselisihan faham dengan suaminya.

“Susulan laporan, polis membuat dua tangkapan ke atas lelaki berusia 43 dan 32 tahun yang juga kepada rakan suspek untuk membantu siasatan.

“Siasatan awal, suspek mengaku membunuh isteri sedang tidur dengan menggunakan senapang angin, selepas itu memasukkan mayat isterinya ke dalam tong air berwarna biru bersama kain cadar,”katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor, di sini hari ini.

Hadir sama ialah, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah IPK Johor, Datuk Md. Yusof Ahmad.

Ayob Khan menunjukkan senapang angin yang digunakan suspek untuk menembak isterinya di IPK Johor, Johor Bahru, Johor.

Ayob Khan berkata, mayat mangsa dibawa suspek ke kawasan ladang kelapa sawit di Bandar Penawar, Kota Tinggi untuk ditanam

Jarak rumah mereka dari Taman Sri Saujana ke Bandar Penawar terletak kira-kira 30 kilometer.

Jelasnya, dengan dipandu arah oleh suspek pada pukul 10.30 pagi semalam, mayat mangsa ditemui ditanam dalam kawasan ladang.

Motif pembunuhan dipercayai akibat cemburu.

Suspek tidak memiliki permit dan lesen untuk menggunakan senjata api.

Menurut Ayob Khan, polis merampas selaras senapang angin, senapang patah, 54 butir peluru penabur, sebuah kenderaan pacuan empat roda jenis Mitsubishi Pajero serta sebuah jengkaut.

Kedua-dua suspek direman enam hari bermula hari ini sehingga 10 Mac untuk membantu siasatan.

Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan Seksyen 36 Akta Senjata Api 1960.- K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI