fbpx

SPRM buka kertas siasatan aduan tawaran rasuah RM10 juta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Azmi Alias

JOHOR BAHRU – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Johor telah membuka satu kertas siasatan bagi mengesahkan aduan berhubung tawaran rasuah sebanyak RM10 juta.

Pengarah SPRM Johor, Datuk Azmi Alias berkata, beberapa saksi yang terlibat telah dikenal pasti dan tindakan mengesan serta merakam percakapan sedang dijalankan yang turut melibatkan Ahli Parlimen Sekijang, Natrah Ismail.

Katanya, langkah itu diambil susulan laporan berkenaan Ahli Parlimen Sekijang yang mendapat tawaran wang RM10 juta untuk beliau lompat parti.

“SPRM Johor menggesa agar semua pihak tidak membuat spekulasi berhubung perkara ini sehingga siasatan selesai dijalankan.

“Sekiranya mana-mana pihak yang mempunyai apa-apa bukti atau keterangan baru sila hubungi SPRM untuk tindakan selanjutnya,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Sebelum ini, tular di media sosial bahawa Ahli Parlimen Sekijang itu ditawarkan wang RM10 juta kepadanya untuk lompat parti.

Sabtu lalu, SPRM mengeluarkan kenyataan memohon Natrah atau mana-mana pihak yang mempunyai maklumat berhubung dakwaan terdapat individu menyogok Ahli Parlimen berkenaan seperti yang tular di media sosial.

Natrah Dan mana-mana pihak berkaitan diminta segera tampil membuat aduan kepada SPRM sekiranya perkara itu benar-benar dianggap sebagai perlakuan rasuah.

Aduan tersebut adalah selaras dengan Seksyen 25 Akta SPRM 2009 mengenai kewajipan melapor transaksi penyogokan.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI