fbpx

Rekod empat bilion lagu PSY

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PSY

VIDEO muzik lagu nyanyian penyanyi popular PSY iaitu Gangnam Style mencatat rekod baharu dalam sejarah industri K-pop apabila ditonton lebih empat bilion kali dalam pelantar YouTube.

Catatan tersebut direkodkan setakat 7 Mac lalu pukul 8.07 pagi waktu tempatan menunjukkan video muzik lagu berkenaan ditonton sebanyak 4,000,002,807 kali.

Dilancarkan secara rasmi menerusi YouTube pada 15 Julai 2012, Gangnam Style merupakan video muzik bahasa Korea yang pertama mencatatkan jumlah setinggi itu.

Hal ini sekali gus menunjukkan bahawa video muzik berkenaan mengambil masa selama lapan tahun, tujuh bulan dan 20 hari untuk mencecah angka empat bilion tontonan.

Sebelum ini, video terbitan negara Korea Selatan pernah merekod sejarah apabila lagu kanak-kanak popular iaitu Baby Shark Dance menjadi kandungan paling banyak ditonton iaitu melebihi lapan bilion.

Lagu Gangnam Style yang terkandung dalam album studio keenam PSY iaitu Psy 6 (Six Rules) pernah mencipta fenomena di seluruh dunia dengan rentak yang rancak selain simbolik tarian kuda.

Gangnam Style pernah menduduki tangga kedua Billboard Hot 100 pada 2012 dan diiktiraf selaku video paling banyak menerima tanda suka dalam YouTube oleh Guinness World Records pada September tahun sama.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI