fbpx

Popcorn jana pendapatan tambahan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Noorianti menunjukkan bertih jagung keluaran syarikatnya.

SHAH ALAM – Sebenarnya tidak sukar untuk sesiapa sahaja yang ingin mencari wang tambahan menerusi cara paling mudah serta tanpa modal besar.

Inilah yang ditawarkan oleh pengusaha Karlicious Popcorn, Noorianti Zainol Abidin yang mempelawa orang ramai termasuk golongan muda memulakan bisnes secara kecil-kecilan
dengan menjadi usahawan popcorn.

Karlicious Popcorn adalah jenama popcorn karamel buatan muslim diusahakan oleh syarikat Kasihnya Karl Food Industries yang terletak di Denai Alam, di sini.

Menurut Noorianti, walaupun baru memulakan operasi pada Oktober lalu, sambutan diterima amat memberangsangkan lantas beliau mengorak langkah untuk membesarkan operasi.

“Saya memulakan perniagaan ini secara kecil-kecilan bersama rakan kongsi sebelum jualan meningkat sehari demi sehari jadi pembekal mencadangkan supaya kami membeli mesin untuk
mengeluarkan popcorn sendiri.

“Ketika ini, Karlicious Popcorn mempunyai empat orang petugas untuk memenuhi permintaan termasuk menerusi jualan secara dalam talian buat pelanggan di seluruh negara,” ujarnya ketika
ditemui baru-baru ini.

Karlicious Popcorn pada masa ini menawarkan harga promosi iaitu RM29 bagi pek satu kilogram (kg), RM55 (2kg) dan RM16 bagi botol seberat 280 gram.

Noorianti yang sebelum ini merupakan pengurus kanan di sebuah syarikat telekomunikasi di ibu negara berkata, beliau memilih popcorn kerana makanan ringan itu digemari ramai selain
sesuai untuk semua golongan.

Berbekalkan pengalaman selama 23 tahun dalam bidang korporat, ibu pada seorang anak remaja ini teruja untuk berkongsi rezeki dengan membuka peluang kepada orang ramai untuk menjana
pendapatan tambahan.

“Saya sendiri bermula dari bawah dan tawaran ini merupakan sebahagian daripada usaha saya untuk membantu mereka yang terkesan akibat pandemik Covid-19 ketika ini tanpa mengira
status dan latar belakang,” katanya.

Mereka yang berminat untuk menjadi pengedar boleh menghubungi Noorianti di talian 013-200 0818 atau melayari laman Facebook Karlicious Caramel Popcorn dan Instagram karlicious_popcorn.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI