fbpx

Nelayan Vietnam sogok polis RM3,000 ditahan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Nelayan Vietnam yang ditahan cuba merasuah polis dengan wang tunai RM3,000 semalam.

MERSING – Cubaan enam nelayan warga Vietnam yang mahu meloloskan diri selepas melakukan kesalahan dengan memberi suapan sebanyak RM3,000 kepada pihak polis akhirnya memakan diri apabila kesemua mereka akhirnya ditahan..

Ketua Polis Daerah Mersing, Superintendan Cyril Edrward Nuing berkata, kesemua nelayan berusia 20 hingga 57 tahun itu pada awalnya ditahan kerana disyaki menjalankan kegiatan hasil laut secara haram.

“Dalam kejadian kira-kira pukul 5.50 petang Pasukan Polis Marin Mersing diketuai Inspektor Rosli Md. Saad membuat rondaan di laut perairan Mersing berhampiran Pulau Rawa telah mengesan sebuah bot asing tanpa nombor pendaftaran yang disyaki menjalankan kegiatan menangkap hasil laut secara haram.

“Hasil pemeriksaan pihak polis mendapati bot nelayan terbabit telah melakukan kesalahan di bawah akta perikanan serta nelayan berkenaan tiada dokumen pengenalan diri

“Semasa pemeriksaan dibuat salah seorang daripada nelayan berkenaan telah menawarkan rasuah berbentuk wang tunai berjumlah RM3,000 kepada pihak polis supaya tidak mengambil tindakan undang-undang ke atas mereka,”katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Katanya, ekoran itu pihak polis bertindak menangkap kesemua nelayan terbabit dan merampas wang tunai RM3,000, sebuah bot nelayan bersama peralatan dan 50 kilogram gamat untuk siasatan lanjut.

Jelasnya, kes disiasat di bawah Akta Pencegahan Rasuah 2009 dan Akta Perikanan 1985 serta Akta Imigresen 1953.

Kes juga diserahkan kepada pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Jabatan Perikanan Mersing bagi tujuan siasatan.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI