fbpx

Kerajaan sedang rangka strategi vaksin untuk gelandangan, pelarian -KJ

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Satu mesyuarat bersama pihak berwajib akan diadakan bagi berbincang mengenai pemberian vaksin kepada golongan gelandangan serta pelarian.

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata, pihaknya masih lagi sedang merangka strategi untuk pemberian vaksin kepada golongan tersebut.

“Saya akan adakan mesyuarat dengan agensi Persatuan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) untuk berbincang apa kaedah yang terbaik untuk golongan pelarian.

“Mungkin saya akan adakan satu mesyuarat dengan pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) bagi membincangkan pemberian vaksin kepada gelandangan,” katanya dalam satu sidang akhbar selepas mengadakan lawatan ke Pusat Pemberian Vaksin, Pusat Perubatan Universiti Malaya, di sini hari ini.

Beliau selaku Menteri Penyelaras Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) turut memberitahu, kerajaan dijangka akan mengumumkan skim perlindungan untuk penerima vaksin Covid-19 pada Isnin depan.

Katanya, pengumuman dengan lebih terperinci mengenai skim tersebut akan dibuat oleh Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Adham Baba dalam satu sidang akhbar.

“Perincian mengenai kategori-kategori di bawah skim tersebut turut akan diumumkan pada Isnin ini dalam sidang akhbar bersama oleh Menteri Kesihatan dan saya,” katanya.

Dalam pada itu, ketika ditanya adakah pihaknya menerima aduan mengenai jualan vaksin Covid-19 di atas talian, beliau berkata, setakat ini pihaknya hanya menerima aduan secara umum.

“Ada kita terima secara umum sahaja tetapi saya minta orang ramai untuk membuat laporan kepada pihak Kementerian Kesihatan (KKM),” jelasnya. -K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI