MENYEBARKAN dakwah kerana Allah SWT merupakan satu amanah buat setiap Muslim dan ia bukan hanya tanggungjawab agamawan semata-mata. Sebaliknya, setiap umat Islam bertanggungjawab untuk menyumbang dalam usaha menyebarkan dakwah dan itulah yang dilakukan oleh Siti Nabihah Zakaria yang menjadikan dakwah sebagai cara hidupnya. Wanita berusia 32 tahun itu memilih cara santai untuk menyebarkan dakwah dengan berkongsi kisah-kisah sirah Rasulullah SAW dan para sahabat dengan pendekatan yang dekat di hati masyarakat. Beliau menjadikan laman media sosial sebagai tempatnya untuk menyebarkan dakwah……














