fbpx

Kanak-kanak direnjat 50,000 voltan oleh polis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kanak-kanak itu direnjat selepas dia menghiraukan amaran pihak polis. - PRESS ASSOCIATION

LONDON – Seorang kanak-kanak perempuan berusia 10 tahun dikatakan menjadi individu termuda di Britain ditembak senjata renjat oleh pihak polis baru-baru ini, lapor akhbar The Sun.

Menurut laporan, pegawai polis merenjat kanak-kanak itu dengan 50,000 voltan elektrik menggunakan senjata renjat di rumahnya sendiri.

Pihak berkuasa terdahulu tiba di kediamannya selepas menerima laporan bahawa kanak-kanak perempuan tersebut sedang mengancam keselamatan ibunya menggunakan pemotong dahan dan penukul.

Satu sumber berkata: “Pihak polis berhadapan dengan kanak-kanak yang memegang senjata dan berada dalam keadaan gelisah.

“Seorang anggota polis menjerit kepada kanak-kanak itu agar meletakkan senjata dan apabila ia tidak dipatuhi, dia direnjat,” katanya.

Bagaimanapun, kanak-kanak itu tidak mengalami sebarang kecederaan.

Aduan telah dilakukan berkenaan insiden tersebut dan ia kini sedang disiasat pihak berkuasa. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI