fbpx

Isteri tampal poster suami curang di seluruh kejiranan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Poster ditulis oleh seorang wanita yang mendakwa suaminya curang ditampal pada cermin sebuah kereta baru-baru ini. – THE SUN

LONDON – Seorang isteri menampal poster mendedahkan kecurangan suaminya di serata kejiranan di Taman Glodwick dan Alexandra di Oldham, England baru-baru ini, lapor akhbar The Sun.

Poster tertera perkataan ‘Amaran Curang’ itu ditulis di atas kertas saiz A4 dan ditampal pada sejumlah pokok, tiang lampu, tong sampah malah kereta di kejiranan itu.

Wanita yang tidak mendedahkan identitinya itu mengugut akan mendedahkan identiti ‘suaminya yang tidak setia’.

Terdapat juga poster yang memberi bayangan tentang nama jalan yang menjadi alamat lelaki tersebut bersama ayat: “Adakah kamu curang kepada isteri? Akan didedahkan tidak lama lagi. Adakah kamu lelaki curang bersiri di jalan itu?”

Bahkan, ada juga poster yang mendedahkan sedikit abjad nama lelaki curang berkenaan.

“Adakah kamu tahu di mana suami kamu malam ini? Malam semalam? Minggu lalu?” menurut sekeping poster lain.

Tindakan wanita tersebut menarik perhatian netizen untuk melihat poster tular berkenaan.

Seorang pengguna laman sosial berkata: “ Perbuatan ini ke­terlaluan dan tidak perlu dilakukan tetapi saya berada di sini kerananya. Untuk drama ini.” ­– Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI