fbpx

Wanita ditemui mati dengan leher terjerut

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Wanita berusia 30 an ditemui mati di dalam sebuah rumah di Taman Bangi, Jalan Reko, Kajang semalam.

PETALING JAYA – Seorang wanita tempatan ditemui mati dengan leher terjerut di dalam sebuah rumah di Taman Bangi, Jalan Reko, Kajang di sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Mohd. Zaid Hassan berkata, polis menerima panggilan MERS 999 daripada seorang lelaki yang juga rakan sekerja mangsa sekitar pukul 9 pagi memaklumkan penemuan mayat tersebut.

“Hasil pemeriksaan awal pada mayat mangsa mendapati terdapat kesan jerut pada bahagian lehernya.

“Wanita berusia 30 an itu dipercayai telah meninggal dunia lebih daripada tempoh 24 jam sebelum dia ditemui,” ujarnya dalam kenyataan hari ini.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana menyebabkan kematian.

Sehubungan itu, orang ramai yang mempunyai maklumat diminta tampil memberikan keterangan kepada Pegawai Penyiasat kes, Asisten Superintendan Ismail Ahmad di talian 0192306107 atau menghubungi mana- mana Balai Polis terdekat bagi membantu siasatan. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI