fbpx

Eemrun komersialkan emosi kehilangan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
EEMRUN

MENDEKATI pelbagai genre muzik antarabangsa termasuk muzik ‘underground’ sejak di bangku sekolah, kecenderungan sebegitulah yang membawa penyanyi remaja berusia 17 itu mahu serius dalam dunia muzik.

Ketika berusia 13 tahun, penyanyi yang ingin dikenali sebagai Eemrun itu mula mencipta lagu dan menulis lirik. Biarpun bergerak secara ‘bawah tanah’, Eemrun atau nama sebenarnya Muhammad Imran Daniel Mohammad Salahuddin tetap berasa puas.

Memasuki usia 15 tahun, Eemrun melangkah setapak lagi apabila mula menerbitkan lagu yang dihasilkan. Bermula dengan memperdengarkan kepada rakan-rakan, YouTube menjadi platform ekspresi seninya.

EEMRUN yang kini berusia 17 tahun mula berjinak dalam penulisan lirik sejak usianya 13 tahun lagi.

Sejak itu, Eemrun yakin untuk terus memperjuangkan apa yang sudah dimulakan. Sebagai permulaan, dia memberanikan diri melangkah ke pasaran muzik komersial dengan mempertaruhkan single berjudul Emosi.

Daripada pemuzik ‘underground’, Eemrun kini mampu mengukir senyuman apabila lagu dan video muzik Emosi sudah secara rasmi dilancarkan dalam saluran YouTube Universal Music Malaysia sejak minggu lalu.

Terapi

Lagu bergenre balada, ciptaan sepenuhnya Eemrun dengan sentuhan bersama penerbit Efry Arwis itu dihasilkan ketika Perintah Kawalan Pergerakan(PKP) tahun lalu.

Menurut anak jati Kuala Lumpur itu, idea dan melodi lagu Emosi hadir secara tiba-tiba pada jam 3 pagi tatkala dirinya bergelut dengan emosi selepas kematian nenek tercinta.

“Lagu ini mempunyai mesej yang sangat mendalam. Ketika itu saya berasakan diri kosong dan tidak mempunyai emosi selepas kematian nenek. Saya hilang tempat mengadu. Apa yang saya lalui dan rasa, saya terjemahkan dalam lagu ini.

“Apabila pendengar mendengar lagu ini, mungkin mereka boleh kaitkan dengan cinta atau ketika kehilangan seseorang. Apa yang penting, saya mahu pendengar faham maksud tersirat dalam setiap bait lirik lagu.

“Bagi saya, lagu Emosi kena dengan cita rasa orang kita. Kalau mereka dengar pasti dapat rasa dan boleh dijadikan terapi,” katanya.

SELAIN berpaksikan Linkin Park sebagai rujukan berkarya, Eemrun juga menghormati pendekatan pemuzik tempatan seperti Bunkface, Yonnyboi dan Hujan.

Berkongsi mengenai keputusannya untuk terjun ke pasaran muzik komersial, Eemrun berkata, itulah percubaan baharu dalam hidupnya sebagai mana dia mula-mula terbabit dalam muzik underground suatu ketika dahulu.

“Sebelum ini saya artis ‘underground’ saja. Saya buat lagu dan muat naik dalam YouTube. Selepas menghasilkan 20 lagu, Emosi ini adalah yang pertama menjengah pasaran komersial. Semua lagu dihasil dan disiapkan sendiri di rumah.

“Apabila melangkah secara rasmi ke pasaran muzik komersial, saya anggap ini sebagai perkara baharu yang saya perlu cuba.

“Cuma, apa yang boleh saya katakan kali ini, saya nak upgrade diri.

“Dalam masa sama, saya percaya dengan hasil kerja, sebab itu nak masuk secara komersial,” katanya.

Menjadikan pemuzik ‘underground’ di Amerika Syarikat, Linkin Park dan ramai lagi sebagai rujukan muziknya, Eemrun tetap tidak melupakan pemuzik tempatan.

Malah, lagu-lagu daripada kumpulan Hujan, Bunkface dan Yonnyboi antara yang menjadi perhatiannya.

Lagu Emosi kini sudah tersedia di semua platform muzik digital seperti Spotify, Apple Music, iTunes, KKBox, Deezer dan Joox dan video muzik akan ditayangkan di saluranYouTube Universal Music Malaysia sejak 19 Februari lalu

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI