fbpx

193,653 murid di Sabah mula bersekolah hari ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sebahagian murid Tahun Tiga hingga Enam tiba di SK Sri Gaya sempena hari pertama sesi persekolahan bagi tahun 2021 di Kota Kinabalu. - Foto oleh IVAN AMIRUL

KOTA KINABALU – Seramai 193,653 orang murid Tahun Tiga hingga Enam di Sabah memulakan sesi persekolahan hari ini.

Jumlah berkenaan membabitkan murid bagi sekolah rendah kerajaan dan swasta.

Pengarah Pendidikan Sabah, Datuk Dr. Mistirine Radin berkata, menerusi jumlah itu, 191,972 orang murid adalah sekolah rendah kerajaan manakala 1,681 murid sekolah rendah swasta yang berdaftar dengan Kementerian Pendidikan (KPM).

“Murid sekolah rendah swasta itu adalah daripada 18 buah sekolah rendah akademik dan sekolah rendah agama.

“Jumlah murid sekolah rendah kerajaan bagi murid Tahun Tiga ialah seramai 49,747, Tahun Empat seramai 48,448 orang, Tahun Lima membabitkan seramai 47,143 orang dan Tahun Enam seramai 46,634 orang.

“Semua pelajar ini akan memulakan sesi pembelajaran secara bersemuka bermula hari ini selepas dua bulan menjalani sesi pelajaran dan pembelajaran di rumah (PdPR) bagi sesi persekolahan 202,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Sesi persekolahan bersemuka bagi pra-sekolah, Tahun Satu dan Dua pula sudah bermula pada Isnin minggu lalu.

Dalam pada itu, sesi persekolahan bagi sekolah menengah pula akan bermula pada 4 dan 5 April mengikut kumpulan yang ditetapkan.

Sementara itu, tinjauan di Sekolah Kebangsaan (SK) Sri Gaya mendapati ibu bapa hanya dibenarkan menghantar anak masing-masing secara pandu lalu.

Semua murid disambut oleh guru bertugas yang menunggu di pintu pagar utama sekolah sebelum dibawa ke ruangan pemeriksaan suhu badan.

Murid juga diwajibkan memakai pelitup muka serta cecair pembasmi kuman dalam usaha mengelak penularan wabak Covid-19 di kawasan sekolah. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI