fbpx

RM1.8 juta untuk naik taraf Zoo Taiping & Night Safari

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Nolee Ashilin (dua dari kanan) menunjukkan buku sempena Sambutan Ulangtahun Jubli Intan Zoo Taiping & Night Safari di Taiping Hari Ini. /FOTO WAT KAMAL ABAS.

TAIPING – Sejumlah RM1.8 juta diperuntukkan Majlis Perbandaran Taiping (MPT) bagi membina ruangan pameran baru dan menaik taraf beberapa kandang pameran di Zoo Taiping & Night Safari di sini pada tahun ini.

Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kerajaan Tempatan dan Pelancongan Perak, Datuk Nolee Ashilin Mohd. Radzi berkata, projek itu membabitkan kos peruntukan RM2.2 juta yang disalurkan Kementerian Tenaga dan Sumber Asli pada tahun lalu.

“Sebanyak RM1.8 juta itu akan digunakan untuk membina ruang pameran baru untuk burung enggang dan reptilia selain menaik taraf kandang pameran untuk harimau, beruang dan singa.

“Baki daripada peruntukan itu iaitu RM468,890 pula akan digunakan sebagai Dana Prihatin Kebajikan Hidupan Liar,” katanya pada sidang akhbar selepas merasmikan Majlis Sambutan Ulangtahun Jubli Intan Zoo Taiping & Night Safari yang ke-60 di sini hari ini.

Turut hadir Timbalan Ketua Pengarah Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan), Datuk Fakhrul Hatta Musa dan Yang Dipertua MPT, Khairul Amir Mohamad Zubir.

Tambah Nolee Ashilin, pihaknya menghargai sumbangan beberapa syarikat dan agensi yang tampil memberikan bantuan bekalan makanan untuk haiwan-haiwan di Zoo Taiping sepanjang tempoh pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) termasuk Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (Maqis), Ayam Dinding dan Lotus’s (Tesco).

Selain itu, tiga buah syarikat turut bermurah hati menaja dua ekor orang hutan dan harimau belang dengan nilai tajaan keseluruhannya sebanyak RM52,000.

Sementara itu, Nolee berkata, sektor pelancongan domestik dan perhotelan di Perak kembali pulih dengan kebenaran rentas daerah yang diberikan kerajaan dalam tempoh pelaksanaan PKPB. -K!ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI