fbpx

Maqis lebih agresif selepas pindaan Akta 728

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Saiful Yazan Alwi (dua kanan) menyerahkan ayam beku kepada Pengarah Zoologi dan Veterinar Zoo Negara, Dr. Naim Ramli di Pejabat Maqis Rantau Panjang hari ini.

RANTAU PANJANG – Tugasan Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (Maqis) akan menjadi lebih agesif dalam membendung aktiviti penyeludupan produk pertanian, termasuk bekalan daging import sebaik sahaja pindaan Akta Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia 2011 (Akta 728) selesai.

Ketua Pengarah Maqis, Saiful Yazan Alwi berkata, proses pindaan itu sudah berada dalam semakan dan penelitian Jabatan Penguam Negara sebelum dibentang ke Parlimen.

Menurutnya, jika pindaan itu diluluskan, Maqis boleh melakukan serbuan terhadap premis-premis yang didakwa terlibat dengan penyeludupan produk pertanian, termasuk bekalan daging import secara terus.

Ujarnya, undang-undang ketika ini hanya memperuntukkan agensi itu melakukan pemeriksaan di pintu masuk sempadan negara, stesen kuarantin dan premis kurantin milik pihak swasta.

“Sebelum ini, Maqis terpaksa melakukan serbuan bersama-sama agensi penguatkuasaan lain seperti Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM), polis dan sebagainya.

“Apabila akta itu dilulusakan, agensi sahabat Maqis sebelum ini iaitu KPDNHEP, JKDM dan polis dapat memberikan tumpuan pada tugas masing-masing,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Serahan Ayam Beku Kepada Zoo Negara di Pejabat Maqis Rantau Panjang di sini hari ini.

Hadir sama, Pengarah Maqis Kelantan, Roslan Che At dab Pengarah Zoologi dan Veterinar Zoo Negara, Dr. Naim Ramli.

Saiful Yazan memberitahu, pindaan akta itu membolehkan kuasa Maqis meliputi seluruh seluruh semanjung Malaysia dan Labuan, Sabah.

Katanya, bagaimanapun, Sabah dan Sarawak memilih untuk menggunakan ordinan mereka sendiri. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI