fbpx

Ciapan pertama Twitter dilelong RM1.8 juta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ciapan pertama pengasas bersama Twitter, Jack Dorsey pada 2006 dilelong menggunakan kaedah blockchain. - AFP

SAN FRANCISCO – Pengasas bersama dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) laman sosial, Twitter Jack Dorsey bakal melelong ciapan pertamanya di platform itu dengan harga bidaan mencecah  AS$2 juta (RM8.1 juta), lapor agensi berita AFP, semalam.

Penjualan ciapan itu dikatakan sebagai tanda sokongan untuk objek maya dinilaikan secara sah melalui teknologi blockchain.

Blockchain adalah catatan transaksi digital berdasarkan strukturnya di mana catatan individu yang disebut blok dihubungkan dalam satu daftar yang disebut chain. 

Ciapan pertama Dorsey adalah pada 21 Mac 2006 ketika pertama kali Twitter diwujudkan.

“Baru selesai membuka akaun Twitter saya,” tulisnya pada ciapan pertama.

Baru-baru ini, Dorsey memuat naik pautan lelongan ciapan pertamanya ke Valuables@Cent, sebuah laman beli belah dengan mengatakan pelabur atau pengumpul dapat membeli dan menjual ciapan yang ditandatangani oleh penciptanya.

Tawaran tertinggi untuk ciapan Dorsey yang bernilai RM8.1 juta datang daripada Justin Sun iaitu  pengasas TRON, platform untuk blockchain iaitu teknologi yang mendasari mata wang kripto.

“Pencipta ciapan boleh memutuskan sama ada ingin mencetaknya di blockchain atau menukarnya menjadi versi autograf,” jelas Valuables.

Membeli sesuatu ciapan bermaksud membeli sijil digital ciapan adalah unik kerana telah ditandatangani dan disahkan oleh penciptanya,” demikian menurut Valuables.

Dalam kes Dorsey, ciapan itu akan tetap dapat dilihat oleh semua orang selagi beliau dan Twitter membiarkannya dalam talian. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI