fbpx

UPNM dijangka menerima penambahan kuota pelajar daripada MTD

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) dijangka menambah kuota pengambilan pelajar dari Maktab Tentera Diraja (MTD) sebanyak 30 hingga 40 peratus.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, pihaknya akan berbincang bersama Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) berhubung perkara tersebut.

“UPNM memang universiti ketenteraan dan akademik. MTD bersesuaian dengan UPNM, sebelum ini juga memang terdapat sebanyak 10 peratus kuota diberikan kepada meraka.

“Kita mahu lebih banyak peluang diberikan kepada pelajar MTD untuk diterima masuk ke UPNM. Kami akan berbincang lebih lanjut mengenai perkara ini bersama pihak KPT nanti,” katanya dalam sidang akhbar selepas mengadakan lawatan di UPNM, di sini hari ini.

Jelasnya lagi, rancangan penambahan kuota tersebut dibuat selepas menilai keupayaan dan kebolehan MTD dalam pelbagai aspek terutamanya dari segi bidang ketenteraan serta akademik. – K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI