fbpx

Laman sosial bekas pelakon yang antivaksin dipantau

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mior Faridalathrash (depan) ketika sidang akhbar selepas Perhimpunan Bulanan di IPD Hilir Perak di Teluk Intan di sini hari ini.

TELUK INTAN – Polis sedang memantau laman sosial milik bekas pelakon lelaki yang didakwa menyebarkan fahaman antivaksin menerusi hantaran yang dimuat naik di laman tersebut.

Ketua Polis Perak, Datuk Mior Faridalathrash Wahid berkata, pihaknya akan meneliti kes tersebut dan siasatan lanjut akan dijalankan sekiranya didapati kenyataan dibuat pelakon berusia 48 tahun itu boleh menggugat keharmonian masyarakat.

Bagaimanapun katanya, tiada laporan polis diterima pihaknya berkaitan isu berkenaan sehingga kini.

“Kita akan lihat perkara itu (hantaran di laman sosial), jika benar ia menggugat ketenteraman awam dan masyarakat, maka tindakan boleh diambil mengikut peruntukan undang-undang.

“Setakat ini belum ada laporan lagi ke atas pelakon itu dan mana-mana individu. Jika ada, kita akan ambil tindakan,” katanya pada sidang akhbar selepas Perhimpunan Bulanan Ketua Polis Perak di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Hilir Perak di sini hari ini.

Terdahulu, isu membabitkan bekas pelakon komedi itu tular dan menjadi bualan warga maya apabila dilihat secara terang-terangan menolak suntikan vaksin Covid-19 yang dilaksanakan kerajaan.

Hantaran yang dimuat naik di laman sosial miliknya itu juga mendapat pelbagai reaksi daripada orang ramai yang rata-ratanya meluahkan rasa kesal.

Dalam perkembangan sama, beliau berkata, 76 peratus daripada 10,924 pegawai dan anggota di Kontinjen Perak telah menyatakan persetujuan untuk mengambil suntikan vaksin.

Katanya, suntikan itu akan dijalankan secara berperingkat bermula 12 Mac ini.

“Kita tidak mendapat peratusan penuh kerana ada dalam kalangan mereka diberi pengecualian disebabkan beberapa faktor termasuk alahan teruk, ibu menyusu dan mengandung. -K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI