fbpx

Pertemuan JDT, KDA FC dijangka sengit – Aidil Zafuan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
AIDIL Zafuan tetap dahagakan kemenangan termasuk menjulang ­Piala Sumbangsih yang menjadi rebutan pada malam ini.

PERTEMBUNGAN menentang Kedah Darul Aman FC (KDA FC) di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri malam ini di­jangka menjanjikan saingan sengit, kata kapten pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT), Aidil Zafuan Abd. Radzak.

Aidil Zafuan berkata, JDT akan tampil berbeza dalam usaha memastikan kemenangan ke atas KDA FC berpihak kepada JDT buat dua musim berturut-turut bagi menjulang Piala Sumbangsih.

Katanya, kali ini JDT akan mencari kemenangan yang lebih selesa berbanding menang tipis 1-0 yang direkodkan pada aksi pertama Liga Super musim lalu.

“Tahun ini kita mempunyai taktikal berbeza serta barisan pemain yang berbeza untuk mencari kemenangan selesa tanpa bergelut pada minit-minit akhir perlawanan.

“Tahun lepas kami menang 1-0, itu adalah kemenangan yang sukar buat kami. Pada tahun ini, kami mahu cari kemenangan yang lebih selesa,” katanya pada sidang akhbar di Stadium Sultan Ibrahim semalam.

Biarpun sudah merangkul pelbagai kejuaraan bersama JDT, Aidil Zafuan tetap dahagakan kemenangan termasuk ­Piala Sumbangsih yang menjadi rebutan pada malam esok.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI