fbpx

Makaf kecewa layanan MSN

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Makaf melahirkan rasa kecewa dengan sikap pilih kasih MSN dalam menyalurkan peruntukan kepada persatuan di negara ini. - GAMBAR HIASAN

PERSEKUTUAN Karate Malaysia (Makaf) menyuarakan kekecewaan terhadap layanan berat sebelah yang diberikan Majlis Sukan Malaysia (MSN) terhadap persatuan tersebut.

Setiausaha Agung Makaf, Datuk Nur Azmi Ahmad berkata, persatuan itu kecewa dengan sikap pilih kasih MSN dalam menyalurkan peruntukan kepada persatuan di negara ini.

Beliau menyuarakan rasa tidak puas hati selepas badan induk sukan negara itu seolah-olah lebih memberi tumpuan terhadap sukan-sukan popular sahaja.

NUR AZMI

“Kita dapat lihat MSN sekarang lebih fokus kepada sukan-sukan popular sahaja. Sebagai pemegang amanah yang me­nyalurkan peruntukan, mereka sepatutnya dengar juga perancangan serta pandangan kami.

“Pada pemerhatian saya, sukan popular diberi keutamaan dari segi peruntukan walaupun tiada pencapaian. Jika berterusan, lebih baik mereka (MSN) uruskan persatuan sukan,” katanya dalam kenyataan semalam.

Nur Azmi juga berharap MSN menawarkan tangga gaji lebih baik kepada jurulatih-jurulatih tempatan sesuai dengan pencapaian yang direkodkan.

“Peruntukan yang diumumkan kerajaan sebelum ini sepatutnya diselaraskan oleh MSN berdasarkan pencapaian sukan tersebut, namun jurulatih tempatan hanya menerima kenaikan lima peratus bagi tempoh dua tahun iaitu kira-kira RM140.

“Makaf tidak sambung kontrak jurulatih import, Ali Reza kerana berharap gaji jurulatih tempatan dinaikkan ke RM5,000 seorang tetapi hanya dibayar RM4,000,” tambah beliau.

Beliau turut mengharapkan campur tangan Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican kerana merasakan sumbangan sukan tempur dipandang sepi selama ini.

“Mengapa sukan popular diberi peruntukan besar dari segi pembayaran gaji, apa keistimewaan jurulatih itu? Sukan tempur hanya dipandang sebelah mata.

“Bagaimanapun, apabila berlangsungnya temasya-temasya utama, mereka tetap mengharap­kan sukan-sukan tempur seperti kami. Saya harap Menteri Belia dan Sukan campur tangan dalam hal ini,” ujarnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI