fbpx

GE Takaful sumbang komputer riba

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohamad Zaid (kanan) menerima sumbangan daripada Shahrul Azlan (kiri) yang mewakili GE Takaful.

AMPANG- Great Eastern (GE) Takaful Berhad mengambil inisiatif menjalankan tanggungjawab sosial korporat (CSR) dengan menyumbangkan komputer riba dan mesin pencetak kepada rumah anak istimewa.

Sumbangan melibatkan tiga komputer riba dan dua mesin pencetak itu diberikan kepada Rumah Perlindungan Nur Hati yang mempunyai kira-kira 30 kanak-kanak.

Ketua Pegawai Eksekutif GE Takaful, Shahrul Azlan Shahriman berkata,sumbangan CSR itu diberikan kepada golongan memerlukan selaras dengan konsep takaful.

“Sumbangan itu merupaka antara CSR yang kami laksanakan pada tahun ini dan akan diteruskan lagi pada masa akan datang,” katanya di sini tadi.

Sementara itu, Pengerusi Pertubuhan Kebajikan Nur Hati, Mohamad Zaid Mohamad Shah berkata, pihaknya mengalukan sumbangan pihak luar bagi membantu anak-anak istimewa tersebut.

“Pada masa sama, kami juga melancarkan Nur Hati Market yang merupakan platform jualan sebagai usaha menambah dana rumah kebajikan.

“Antara yang kami pasarkan termasuklah kerepek pedas, pewangi kereta dan juga minyak wangi lelaki serta wanita,” ujarnya. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI