fbpx

Shopee tidak jual vaksin Covid-19

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Iklan jualan vaksin Pfizer yang didapati palsu.

PETALING JAYA – Shopee menafikan penjualan vaksin Covid-19, Pfizer, seperti mana gambar yang tular di media sosial.

Shopee dalam satu kenyataan mengesahkan tidak menemui senarai yang serupa seperti di dalam gambar tersebut.

“Gambar itu sebenarnya telah diubahsuai seolah-olah penjualan vaksin berkenaan disenaraikan di dalam laman jualan kami tetapi sebenarnya ia palsu serta tidak wujud.

“Imunisasi Covid-19 adalah masalah kesihatan negara yang tidak boleh dianggap remeh,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Tambahnya lagi, Kementerian Kesihatan (KKM), Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) serta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) menyedari berita palsu ini.

“Kami ingin mengingatkan semua orang bahawa penyebaran maklumat palsu mengenai vaksin sedang dipantau oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan MCMC,” ujarnya.

Dalam ada itu, baru-baru ini, Kosmo! melaporkan, KKM mengesahkan, iklan jualan dalam talian membabitkan vaksin Covid-19 Pfizer yang tular di media sosial adalah palsu.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah menegaskan, pihaknya mengambil maklum berhubung iklan yang tular di media sosial kononnya penjualan vaksin Covid-19 Pfizer berharga RM63.88. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI