fbpx

Mak Long Mart tumpu cawangan baharu di kawasan luar bandar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SHAH ALAM– Kedai serbaneka mesra pelanggan, Mak Long Mart bercadang untuk membuka dua cawangan baharu di kawasan luar bandar menjelang hujung tahun ini.

Premis yang bakal dibuka di Kampung Tok Muda, Kapar dan Sijangkang itu turut menawarkan pelbagai barang basah segar, ke­perluan rumah dan dapur.

Pengurus Besarnya, Datin Hasnah Abd. Samad berkata, projek baharu ini bertujuan untuk membantu penduduk kampung termasuk golongan kurang berkemampuan membeli-belah dalam kedai serbaneka yang lengkap dengan pelbagai bara­ngan keperluan dan ditawarkan pada harga berpatutan.

“Kami mahu memecahkan monopoli pihak tertentu dalam sektor runcit di kawasan kampung atau pendalaman,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui di cawangan sulung Mak Long Mart di Bandar Puncak Alam, dekat sini baru-baru ini.

Hasnah menjelaskan, pelaburan untuk membuka setiap cawangan baharu itu adalah kira-kira RM500,000 dengan menggunakan dana dalaman syarikat.

“Saya mengharapkan dua kedai serbaneka itu kelak menjadi pelengkap kepada industri peruncitan di kawasan berkenaan.

“Ia juga bakal menawarkan peluang pekerjaan kepada penduduk kampung terutama golo­ngan belia,” katanya.

Ditanya mengenai sambutan pelanggan sejak mula beroperasi pada Oktober tahun lalu, beliau berpuas hati terhadap penerimaan positif pelanggannya.

“Biarpun dihimpit musim pandemik Covid-19, kami ber­syukur kerana masih menerima sambutan memberangsangkan sehingga ke hari ini,” katanya.

Selain itu, Hasnah menjelaskan, kelainan Mak Long Mart adalah kerana promosi tawaran jualan ikan segar yang dibawa khusus dari Kuala Kedah, Kedah setiap hari Sabtu.

“Pelbagai jenis hasil laut dijual pada harga berpatutan.

“Lebih menarik, kami akan pelbagaikan promosi setiap ­minggu dengan memberi ikan siakap percuma atas pembelian lebih RM50, menjual ikan kembung serendah RM1 sekilogram dalam waktu terhad dan juga kini, menghadiahkan kurma kepada pembeli barangan lebih daripada RM50,” ujarnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI