fbpx

Kit saringan Covid-19 guna sampel air liur 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PUTRAJAYA – Alif Masyhur Sdn. Bhd. (Alif Masyhur) dengan kerjasama Fjord Diagnostics Sdn. Bhd. (Alif-Fjord) muncul syarikat Malaysia pertama memperkenalkan kit saringan Covid-19 menggunakan sampel air liur.

Lebih menarik, kit ujian pengumpulan sampel air liur dikenali Fjord-Saliva itu mengandungi alat (Sediprep) untuk meningkatkan konsentrasi kandungan virus dalam sampel air liur bagi mengesan Covid-19.

Pengerusi Eksekutif Alif Masyhur Sdn. Bhd., Datuk Mazlan Sabli berkata, Sediprep itu kini sudah mendapat kelulusan paten di lapan buah negara iaitu Amerika Syarikat, United Kingdom, Japan, China, Korea, Hong Kong, Jerman dan Malaysia.

Beliau berkata, pihaknya kini sudah bersedia memasuki pasaran tempatan bila-bila masa dengan kapasiti pengeluaran sehingga dua juta unit sebulan.

“Kami menetapkan harga jualan runcit RM45 seunit iaitu jauh lebih murah berbanding ujian saringan yang digunakan buat masa ini.

“Selepas sampel air dimasukkan dalam Sediprep, ia kemudian akan dihantar ke makmal untuk diuji dimana pengguna perlu membayar kos bagi ujian makmal,” katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Katanya, kit ujian sampel air liur itu adalah kaedah persampelan yang selamat dan tidak invasif berbanding kaedah ujian calitan (swab test).

Mazlan berkata, apa yang penting, produk itu selamat daripada potensi jangkitan dan sampel air liur itu juga mampu bertahan selama 21 hari di dalam suhu bilik tanpa perlu disimpan di dalam peti sejuk bersuhu rendah.

Menurutnya, saringan sampel menggunakan Sediprep menghasilkan konsentrasi kandungan virus yang memudahkan ujian di makmal dan ketepatan tinggi sehingga 100 peratus.

“Kit ujian itu membolehkan pengumpulan sampel air liur dilakukan sama ada di rumah atau tempat kerja tanpa perlu ke pusat kesihatan. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI