fbpx

Kedah selesa dilabel underdog

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KDA FC lebih selesa dilabel sebagai ‘underdog’ berbanding JDT yang dianggap pasukan pilihan pada aksi Piala Sumbangsih nanti. – FB KDA FC

Oleh MOHD. RAFIE AZIMI

BERBEKALKAN reputasi hebat selain barisan pemain ternama dimiliki Harimau Selatan, ketua jurulatih Kedah Darul Aman FC (KDA FC), Aidil Sharin Sahak mengakui betapa anak-anak buahnya hanya akan turun sebagai pasukan ‘underdog’ dalam aksi sulung bagi merebut Piala Sultan Haji Ahmad Shah, musim ini.

Menurut pengendali berasal dari Singapura itu, JDT perlu diakui sebuah pasukan yang mantap dan hampir sempurna di setiap posisi hingga menjadikan mereka pilihan utama oleh ba­nyak pihak untuk menjulang piala itu.

“Di pihak kami, persiapan untuk menghadapi perlawanan ini tiada bezanya seperti kami menghadapi perlawanan-perlawanan lain.

“Kami cuma ‘underdog’ sedangkan JDT pasukan pilihan menjadikan tekanan lebih berada di pihak mereka. Apa pun anak-anak buah saya akan berusaha melakukan yang terbaik dalam perlawanan itu nanti,” katanya ketika dihubungi di Alor Setar semalam.

Aidil menambah, lima perlawanan persahabatan dilalui sebelum ini banyak membantu dalam mempersiapkan pasukan menjelang sepak mula pada Jumaat depan.

“Perlawanan itu benar-benar bagus untuk pasukan. Kami dapat lebih mengenali kekuatan dan kelemahan setiap pemain secara lebih khusus.

“Setakat ini, tiada pemain yang berdepan masalah kecede­raan kecuali pemain pertahanan, Mohd. Ariff Farhan Md. Isa yang cedera ketika menentang Sela­ngor 2, 24 Februari lalu,” ujarnya.

Lima perlawanan persahabatan dilalui sebelum ini menyaksikan KDA FC seri 1-1 dan tewas 3-1 dalam dua perlawanan awal menentang Penang FC sebelum menang 3-2 ke atas Selangor 2 dan 3-1 ke atas Skuad Projek Majlis Sukan Negara.

KDA FC kemudiannya tewas 1-2 kepada Sarawak United dalam perlawanan persahabatan terakhir pada 27 Februari lalu.

Kekalahan itu bagaimanapun tidak langsung mengundang gelisah buat Aidil kerana perlawanan tersebut dijadikan sebagai ekperimen bagi menguji keserasian pemain dengan semua pemain diberi ruang untuk beraksi.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI