fbpx

Isu buli jejaskan Soojin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SOOJIN

SUSULAN tercetusnya kontroversi mendakwa penyanyi Soojin pernah menjadi pembuli ketika zaman sekolah, sebuah jenama produk kecantikan terkenal Korea Selatan iaitu Peripera mengambil tindakan memadam semua gambarnya daripada media sosial rasmi mereka.

Soojin sebelum ini dipilih sebagai wajah baharu untuk kempen media sosial produk berkenaan pada 19 Februari lalu.

Bagaimanapun selepas kontroversi buli mengaitkan nama anggota kumpulan (G)I-DLE itu memanas dalam internet sehingga mencetuskan perdebatan hangat, Peripera mengambil tindakan tegas.

Menjernih keadaan, Soojin tampil membuat penjelasan kepada umum bahawa khabar angin tersebut adalah fitnah semata-mata.

Berikutan kontroversi yang timbul, agensi Cube Entertainment dalam satu kenyataan memberi amaran tegas mahu mengambil tindakan undang-undang terhadap individu yang menyebarkan berita palsu terhadap artis mereka.

Prihatin dengan nasib yang menimpa Soojin, peminat percaya tindakan yang diambil Peripera hanyalah sementara sehingga kes berkenaan diselesaikan.

“Tidak mungkin mereka menyingkirkan Soojin daripada menjadi duta.

“Banyak syarikat akan melakukan perkara serupa ketika duta yang dilantik terlibat dalam skandal. Kita tunggu dan lihat,” ujar seorang peminat.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI