fbpx

Harimau kumbang masuk perangkap di Johol

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Perhilitan berjaya menangkap harimau kumbang yang sebelum ini menjadi ancaman kepada penduduk sekitar Kampung Ulu Nuri, Johol, Negeri Sembilan.

PETALING JAYA – Seekor harimau kumbang yang sebelum ini menjadi ancaman kepada penduduk sekitar Kampung Ulu Nuri, Johol, Negeri Sembilan akhirnya berjaya ditangkap semalam.

Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) berkata, pihak menerima aduan berkenaan kehadiran haiwan berkenaan daripada penduduk kampung pada 22 Februari lalu.

“Anggota Perhilitan kemudiannya memasang perangkap di sekitar kawasan penemuan itu sehari selepas aduan itu.

“Harimau kumbang itu telah masuk ke dalam perangkap semalam. Pemeriksaan kesihatan mendapati haiwan tersebut berada dalam keadaan sihat dan akan dilepaskan ke habitat asalnya,”katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Tambah kenyataan itu, operasi tangkapan semalam itu melibatkan kakitangan daripada Perhilitan Daerah Gemas, Perhilitan Daerah Jempol dan Perhilitan Negeri Sembilan.

“Kejayaan tangkapan harimau kumbang tersebut diharap dapat memberikan kelegaan kepada penduduk kampung di sekitar kawasan berkenaan,”katanya.- K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI