fbpx
DE GEA mengakui bahawa hanya kemenangan menentang Palace dan City akan membuka peluang United memburu kejuaraan musim ini. – AFP

United tidak ada pilihan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

MANCHESTER – Penjaga gol utama Manchester United, David De Gea menyeru agar rakan-rakan sepasukan kembali mencari kemenangan menjelang aksi bertemu Crystal Palace awal pagi esok dalam saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) musim ini.

Kata De Gea, hanya kemena­ngan yang boleh mengubati kekecewaan pasukan selepas terikat 0-0 bertemu Chelsea pada awal pagi Isnin lepas sekali gus kembali merapatkan jurang perbezaan mata dengan pendahulu liga, Manchester City.

“Jika kami menang ke atas Pa­lace, sudah tentu akan memberi motivasi tambahan memandang­kan kami akan bertemu dengan City pada aksi liga seterusnya pada awal pagi Isnin depan.

“Justeru, hanya enam mata maksimum yang boleh membuka kembali peluang untuk pasukan merebut kejuaraan liga musim ini dan saya percaya harapan tersebut masih lagi terbuka tetapi semua pemain perlu bekerja keras untuk meraihnya semula,” katanya.

Mengulas lanjut, penjaga gol antarabangsa Sepanyol itu mahu jentera serangan khususnya perlu lebih tajam dalam menyudahkan peluang terhidang kerana ia menjadi punca pasukan gagal meraih tiga mata penuh ke atas Chelsea sebelum ini.

“Saya rasa barisan pemain di posisi serangan tidak begitu krea­tif dalam mencipta ruang dan peluang bagi membolosi gawang lawan. Jadi, saya percaya jika kami memperbaiki kelemahan tersebut, peluang untuk pa­sukan menang dengan konsisten agak cerah,” katanya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN