fbpx

IPU di Selangor pada paras baik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
AKTIVITI riadah berjalan seperti biasa di Taman Tasik Shah Alam, Seksyen 4, Shah Alam, pagi ini. FOTO : NORHAYATI YAHAYA

SHAH ALAM – Semua lima daerah di Selangor mencatatkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) pada paras baik setakat pukul 9 pagi ini.

Menurut Sistem Pengurusan Indeks Pencemaran Udara Malaysia (APIMS), Petaling Jaya mencatatkan bacaan IPU 91 diikuti Banting (90) dan Klang (86).

Dua lagi daerah lain iaitu Shah Alam dan Kuala Selangor masing-masing mencatatkan bacaan 77 dan 70.

Semalam, IPU tidak sihat dicatatkan terutama di stesen Johan Setia sehingga 183 diikuti Banting (165) dan Petaling Jaya (141).

Bacaan IPU antara 0 hingga 50 dikategorikan paras baik, 51 hingga 100 (sederhana), 101 hingga 200 (tidak sihat), 201 hingga 300 (sangat tidak sihat) manakala 300 ke atas (berbahaya). -K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI