fbpx

Peniaga didenda RM6,000 pindah 6 ekor babi hidup tanpa kebenaran

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Hong Haw didenda RM6,000 oleh Mahkamah Majistret Butterworth hari ini.

SEBERANG PERAI – Seorang peniaga didenda RM6,000 oleh Mahkamah Majistret Butterworth di sini hari ini selepas didapati bersalah memindahkan enam ekor babi secara tidak sah ke sebuah rumah penyembelihan menggunakan lori tahun lalu.

Hukuman itu dijatuhi Majistret Nurul Huda Idris selepas tertuduh, Tan Hong Haw, 27, mengaku bersalah sejurus pertuduhan dibacakan ke atasnya.

Mengikut pertuduhan, Hong Haw didakwa memindahkan enam ekor babi hidup dari Jalan Tingkat Selamat 9, Kampung Selamat, Tasek Gelugor di sini ke dalam kawasan rumah sembelihan babi di Tingkat Selamat 10.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu menggunakan sebuah lori tanpa mendapat kebenaran bertulis Pengarah negeri atau mana-mana pihak berkuasa veterinar.

Tertuduh didakwa melakukan kesalahan tersebut pukul 12.15 tengah hari pada 29 Ogos 2020.

Hong Haw didakwa melakukan kesalahan itu di bawah perintah 4(1)(a) Perintah Haiwan (Kawalan dan Pembasmian Contagious Abortion serta Penyakit Kuku dan Mulut) di bawah Subseksyen 36(1)(c)(i) Akta Binatang 1953.

Ia memperuntukkan hukuman didenda tidak lebih RM15,000 jika disabit kesalahan.

Kes dikendalikan Pegawai Pendakwa Jabatan Perkhidmatan Veterinar Pulau Pinang, Tuan Anuar Sulzi Tuan Abdullah manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Sementara itu, mahkamah turut memerintahkan tertuduh dipenjara selama tiga bulan sekiranya gagal membayar denda manakala hasil jualan ternakan sebanyak RM1,200 dilucut hak dan menjadi hasil kerajaan. – K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI