fbpx

Pengarah syarikat dituduh pecah amanah RM603,760

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Rosdi dibawa keluar kamar mahkamah selepas dihadapkan atas dua pertuduhan pecah amanah melibatkan amaun RM603,760 di Mahkamah Sesyen Kemaman hari ini.

KEMAMAN – Seorang pengarah sebuah syarikat berkaitan minyak dan gas dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas dua pertuduhan pecah amanah melibatkan amaun RM603,760 pada tujuh tahun lalu.

Tertuduh, Rosdi Abd Ghani, 53, membuat pengakuan tidak bersalah selepas kedua-dua pertuduhan berkenaan dibacakan dihadapan Hakim Azman Mustapha.

Berdasarkan pertuduhan pertama, Rosdi didakwa melakukan pecah amanah membabitkan wang berjumlah RM200,000 di syarikat minyak dan gas terletak di Kawasan Perindustrian MIEL, Teluk Kalong di sini antara 16 Oktober hingga 30 Disember 2014.

Bagi pertuduhan kedua pula, dia didakwa melakukan pecah amanah melibatkan wang berjumlah RM403,760 di lokasi sama antara 21 Januari hingga 25 Jun 2015.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 409 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan boleh dikenakan sebatan dan denda bagi setiap pertuduhan jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalian Timbalan Pendakwa Raya, Nurhanisah S H Sahul Hamid manakala tertuduh pula diwakili peguam, Mohd. Amirudin Mohamad.

Hakim Azman membenarkan Rosdi dibebaskan dengan jaminan RM20,000 dan seorang penjamin.

Beliau juga mengarahkan tertuduh agar tidak mengganggu saksi pendakwaan selain menetapkan sebutan semula kes pada 28 Mac ini. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI