fbpx

Penerima vaksin perlu terus patuhi SOP sedia ada

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KHAIRY

SEPANG – Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Khairy Jamaluddin Abu Bakar menegaskan bahawa setiap penerima vaksin Covid-19 masih perlu mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan kerajaan dalam usaha membendung penularan wabak itu.

Beliau berkata, berdasarkan nasihat Kementerian Kesihatan, semua SOP dikekalkan walaupun seseorang itu sudah menerima suntikan vaksin dalam Program Imunisasi Covid-10 Kebangsaan.

“Pematuhan SOP ini masih kekal. Bukan sebab kita tidak yakin dengan keberkesanan vaksin Covid-19 ini tetapi kita masih belum ada data mencukupi.

“Jadi walaupun sudah mengambil vaksin, semua SOP yang digariskan seperti pemakaian pelitup muka, penjarakan sosial, mencuci tangan dengan cecair sanitasi secara kerap serta mengelakkan tempat sesak masih perlu dipatuhi penerima vaksin,” katanya dalam sidang akhbar hari ini.

Beliau berkata demikian bagi menjawab pertanyaan berhubung pematuhan SOP bagi individu yang telah divaksin dalam keadaan di mana mereka berada dalam satu ruang yang sama.

Sementara itu, beliau mengulangi pendirian kerajaan bahawa vaksin yang diberikan kepada setiap individu berdaftar akan ditentukan oleh pihak berkuasa kesihatan.

“Orang ramai perlu menerima vaksin yang telah diluluskan oleh Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA) yang dibuktikan selamat serta berkesan.

“Sebab itu, saya menawarkan diri untuk menerima vaksin seterusnya yang diluluskan NPRA sebagai bukti keyakinan terhadap vaksin dan badan regulatori negara,” katanya. -K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI