fbpx

[KEMASKINI] Pemandu bas rempuh plaza tol bebas dadah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan bas yang kemalangan di Plaza Tol UPM hari ini.

SEPANG – Ujian air kencing ke atas pemandu bas ekspres membawa pesakit Covid-19 merempuh Plaza Tol Universiti Putra Malaysia (UPM) petang tadi mendapati lelaki berkenaan negatif dadah.

Bagaimanapun, Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner, Wan Kamarul Azran Wan Yusof memaklumkan ujian swab yang dilakukan pula mendapati pemandu bas itu positif Covid-19.

Beliau berkata, siasatan awal mendapati ketika kejadian bas itu membawa pesakit Covid-19 Kluster Changkat Jong, Perak ke Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 Berisiko Rendah (PKRC) di Taman Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS).

“Terdapat seramai 40 penumpang dalam bas berkenaan dan seramai lapan penumpang yang berada dalam bas itu mengalami kecederaan ringan dan telah dihantar ke Hospital Serdang untuk menerima rawatan.

“Manakala, pemandu bas berkenaan hanya mengalami kecederaan pada kaki,” katanya dalam kenyataan akhbar di sini hari ini.

Menurut beliau, kejadian yang berlaku pukul 2 petang itu mengakibatkan bas ekspres jenis Nissan mengalami kerosakan pada bahagian cermin hadapan, bumper dan pintu bahagian pemandu.

“Hasil siasatan mendapati kemalangan itu dipercayai berlaku selepas pemandu bas, gagal mengawal kenderaan,”ujarnya.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI