fbpx

Jakim sedia tambah baik undang-undang kesalahan syariah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Zulkifli

PUTRAJAYA – Jawatankuasa Teknikal Undang-Undang Syarak dan Sivil, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) sudah diarahkan untuk berbincang bagi melihat ruang penambahbaikan khususnya yang berkaitan kesalahan jenayah syariah.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Zulkifli Mohamad al-Bakri berkata, beliau juga telah mengadakan perbincangan dengan Penasihat Undang-Undang, Jakim bagi mendapatkan pandangan mengenai isu itu.

Beliau berkata, perbincangan itu antara lain berkisar mengenai kesan dan implikasi perundangan berbangkit daripada keputusan Mahkamah Persekutuan berkenaan.

“Jawatankuasa itu akan berunding dengan negeri-negeri dan pihak yang berkepentingan dalam usaha untuk memperkasa dan menyeragamkan undang-undang syariah di Malaysia.

“Sebagai seorang Menteri yang dipertanggungjawabkan menjaga hal ehwal Islam di peringkat persekutuan, prinsip Perlembagaan ini akan terus dijunjung dan dipertahankan,” katanya menerusi kenyataan akhbar hari ini.

Beliau mengambil maklum keputusan yang dibuat Mahkamah Persekutuan pada 25 Februari lalu dalam kes Iki Putra Mubarrak lawan Kerajaan Negeri Selangor dan Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) berkenaan keabsahan Seksyen 28 Enakmen Jenayah Syariah (Selangor) 1995.

Zulkifli berkata, penghakiman tersebut sudah pasti dibuat berdasarkan pengetahuan, pengalaman dan kebijaksanaan Yang Amat Arif dan Yang Arif Hakim-Hakim Mahkamah Persekutuan berpandukan peruntukan Perlembagaan Persekutuan dan undang-undang.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI