fbpx

Waris penghantar makanan yang maut dalam kemalangan terima faedah Perkeso

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Fuad Alias (dua dari kiri) menyerahkan faedah Perkeso kepada Abdul Aziz (tengah) dan Razmah (dua dari kanan) di Taman Panchor Jaya, Seremban hari ini.

SEREMBAN – Waris kepada seorang penghantar makanan Food Panda yang meninggal dunia dalam kemalangan di simpang tiga, Jalan AST 6, Taman AST dekat sini pada 17 Februari lalu menerima bayaran faedah daripada Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) hari ini.

Pengarah Perkeso Negeri Sembilan, Fuad Alias berkata, mangsa kemalangan tersebut iaitu, Muhammad Azman Abdul Aziz, 30, merupakan orang berinsuran (OB) dan hasil semakan pihak waris layak menerima dua jenis faedah daripada Perkeso.

Bayaran faedah berkenaan adalah Faedah Pengurusan Mayat (FPM) dan juga Faedah Pencen Penakat yang akan dibayar kepada dua bahagian iaitu ayah mangsa, Abdul Aziz Abdul Kadir, 64, dan ibunya, Razmah Maafof, 61.

“Selepas siasatan dan semakan dijalankan, waris mangsa akan menerima sejumlah RM2,000 bagi FPM manakala bagi Faedah Pencen Penakat pula bayaran pertama dijangka akan diterima bermula pada awal bulan depan sebanyak RM330.36,” katanya kepada pemberita selepas menyampaikan sumbangan tersebut di Taman Panchor Jaya dekat sini hari ini.

Pada 17 Februari lalu, Muhammad Azman maut selepas motosikal yang ditunggangnya dilanggar sebuah kereta yang dipandu seorang warga emas berusia 64 tahun.

Kemalangan yang berlaku kira-kira pukul 8.25 malam itu menyebabkannya mengalami kecederaan parah di bahagian kepala dan meninggal dunia di tempat kejadian.

Sementara itu, Fuad menyeru mana-mana individu yang bekerja sendiri di seluruh negara supaya mendaftar dan mencarum dengan Skim Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri (SKSPS) dibawah Akta Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri 2017.

“Pada minggu lalu, terdapat satu lagi kemalangan yang melibatkan penghantar makanan Food Panda di Nilai sehari selepas kejadian ini. Bagaimanapun, waris tidak layak menerima apa-apa faedah daripada Perkeso kerana mangsa tidak berdaftar dan mencarum dengan SKSPS,” katanya.

“Sehingga 5 Februari lalu, seramai 12,414 individu bekerja sendiri daripada 19 sektor tidak formal sudah mendaftar dengan SKSPS di negeri bagaimanapun, hanya 641 individu sahaja dari sektor pengangkutan barangan dan makanan berbuat demikian, jumlah ini terlalu kecil dengan jumlah individu yang bekerja dalam sektor tersebut,” katanya.

Sementara itu, ibu waris, Razmah Maarof, 61, berkata, dia berterima kasih kepada pihak Perkeso dan akan menggunakan duit berkenaan untuk mengadakan kenduri arwah untuk anaknya itu.

“Saya masih belum memikirkan tentang duit berkenaan mungkin saya akan menggunakannya untuk kenduri arwah nanti selepas tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) tamat,” katanya

Allahyarham Muhammad Azman merupakan anak bongsu daripada dua beradik bekerja sebagai penghantar permit di MYEG Seremban dan bekerja separuh masa sebagai penghantar makanan Food Panda. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI