fbpx

ECK sertai usaha sama projek KXP

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

ALOR SETAR – ECK Group of Companies (ECK) telah menerima kelulusan daripada Kerajaan Negeri Kedah untuk menyertai usaha sama dalam membangunkan projek Lapangan Terbang Antarabangsa Kulim (KXP), Kedah Aerotropolis dan Airport City di Mukim Sidam Kiri, Kuala Muda dekat sini.

ECK dalam kenyataan yang dikeluarkan semalam berkata, syarikat akan terlibat secara langsung sebagai rakan strategik projek, bermula daripada urusan pembinaan sehinggalah kepada proses pentauliahan.

“Ia termasuklah pembinaan KXP dan membawa masuk o­perator lapangan terbang serta operator kargo antarabangsa untuk menjalankan operasi di KXP setelah siap kelak.

“Selain itu, ECK juga akan memainkan peranan utama dalam pembangunan bandar raya udara, Kedah Aerotropolis selain menarik pelabur dari dalam dan luar negara untuk melabur di Aerotropolis serta Airport City,” katanya.

KXP merupakan lapangan terbang bertaraf antarabangsa de­ngan dua landasan, manakala Ae­rotropolis dan Airport City pula dibangunkan sebagai bandar raya udara di lokasi sama.

Menurut ECK, Kedah Aerotropolis bakal dibangunkan dengan konsep pembangunan bandar raya moden.

Ia lengkap dengan komponen perumahan dan perniagaan, bandar perubatan, pengurusan akademi, teknologi informasi dan komunikasi serta pusat pe­ngangkutan.

Bagi mencapai tujuan itu, sebuah syarikat bertujuan khas akan ditubuhkan bagi merancakkan lagi projek yang melibatkan kawasan seluas 4,046 hektar.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI