fbpx

Projek KXP: Dua kali dia bohong – Sanusi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Muhammad Sanusi ketika berucap pada Pidato Empat Menteri Besar sempena Muktamar Tahunan Pas Ke-69, malam tadi. - Foto oleh SADDAM YUSOF / KOSMO!

SHAH ALAM – Kumpulan Al-Bukhary tidak pernah dilantik sebagai pemaju projek Lapangan Terbang Antarabangsa Kulim (KXP).

Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md. Nor berkata, malah kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Parlimen mengenai pembatalan projek disebabkan penarikan diri mana-mana kontraktor didakwa hanya satu pembohongan semata-mata.

Katanya, beliau kecewa apabila seorang Perdana Menteri telah mengeluarkan kenyataan sedemikian tanpa sebarang usul periksa dan mendapatkan penjelasan atau gambaran sebenar berhubung projek itu.

“Tahu-tahu dia (Anwar) kata projek itu batal sebab kontraktor tarik diri dan projek tidak berdaya maju. Semua telah lari dengan kita telah jumpa dengan semua yang mahu terlibat dalam projek itu sama ada sebagai perunding, aeroangkasa, kargo dan penerbangan.

“Pasal kita usahakan KXP ini bukan tulis atas kertas dan dakwat sahaja. Modal kita buat engagement semua pemain industri, kita sudah pi jumpa. Lantik beberapa perunding dan paling kurang habis RM27juta.

“Buang masa sembilan tahun walaupun bukan masa saya, dengan projek itu digagahkan zaman Barisan Nasional. Semua duit itu adalah duit kerajaan negeri. Saya tidak mahu duit kerajaan negeri hilang begitu sahaja,” katanya ketika berucap pada program Pidato Empat Menteri Besar sempena Muktamar Tahunan Pas Ke-69, malam tadi.

Beliau memberitahu, KXP merupakan projek kerajaan negeri yang dicadangkan sejak 2014 dengan ECK Group of Companies (ECK) telah dilantik 2021 dan diberikan tempoh lapan bulan untuk membuat deposit RM2.3 billion kepada Pejabat Tanah Daerah untuk pengambilalihan tanah.

Sekiranya gagal, kata Muhammad Sanusi, pelantikan tersebut akan ditamatkan dengan projek itu bukan kepunyaan ECK .

“Apabila kita buka semula Pelawaan Untuk Cadangan (RFP) selepas ECK tidak mampu deposit RM2.3 biliion, sebanyak 27 syarikat telah menawarkan minat dengan lima telah disenarai pendek termasuk Al-Bukhary.

“Kemudian tinggal dua lagi termasuk syarikat Al-Bukhary dan kita telah menghantar surat tawaran dengan mempunyai tempoh bagi menjawab balik (tawaran itu). Kita minta dua syarikat ini tubuhkan sebuah syarikat bertujuan khas (SPV) sebab mempunyai kekuatan masing-masing yang boleh digabungkan.

“Kemudian, Anwar menjawab dalam Parlimen (konglomerat) Syed Mokhtar (Al-Bukhary) baharu telefon dan menarik diri sebab terlalu mahal. (Itu bohong kedua) bila kita lantik syarikat Al-Bukhary, kita baharu tawarkan,” katanya.

Mengulas lanjut, Muhammad Sanusi berkata, ada menemui Syed Mokhtar selepas kejadian itu bagi mengetahui hal sebenar.

“Takkan Syed Mokhtar tidak sembang dengan saya termasuk apa yang terjadi. Dia ada cerita namun saya tidak mahu cerita apa sebenarnya terjadi. Biarlah saya simpan seorang,” katanya. – KOSMO! ONLINE

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI