fbpx

Syarikat ECK tidak lagi terlibat projek lapangan terbang Kulim

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Muhammad Sanusi (tiga dari kanan) ketika merasmikan Majlis Pra Pelancaran Kulim Smart Parking di Wisma Darul Aman di Alor Setar, hari ini. - / FOTO SHAHIR NOORDIN

ALOR SETAR – Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md. Nor mengesahkan Kumpulan Syarikat ECK (ECK) sudah tidak lagi terlibat dengan projek Lapangan Terbang Antarabangsa Kulim (KXP).

Menurutnya, penamatan usaha sama itu bukan disebabkan syarikat tersebut mempunyai kaitan dengan tanaman durian Musang King dekat Gunung Inas di Baling seperti dakwaan sesetengah pihak.

Sebaliknya, ia berikutan kegagalan syarikat berkenaan untuk memenuhi syarat dipersetujui kedua-dua pihak sebelum ini.

“Salah satu syaratnya adalah syarikat itu perlu depositkan yuran komitmen berjumlah 125 peratus daripada RM2.1 bilion untuk pengambil alihan tanah tetapi mereka gagal penuhi.

“Itu adalah perkara asas dan apabila tanah tidak dapat diambil, maka projek itu tidak berjalan,” katanya selepas melancarkan inisiatif tempat letak kereta pintar antara Majlis Perbandaran Kulim Kedah (MPKK) dan syarikat HeiTech Padu Berhad di Wisma Darul Aman, di sini hari ini.

Kata Sanusi, pihaknya bagaimanapun tidak berniat untuk membatalkan projek tersebut dan sedang mencari syarikat lain untuk usaha sama bagi melaksanakan projek itu.

“Apa yang pastinya penamatan usaha sama bersama ECK ini tiada kaitan dengan ladang durian Musang King di Gunung Inas atau kejadian kepala air serta banjir yang berlaku,” ujarnya.

Mengulas lanjut, sehingga kini terdapat tujuh atau lapan syarikat yang menunjukkan minat untuk meneruskan projek KXP. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI