fbpx

Melaka tambak lagi laut 180 hektar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SULAIMAN (dua dari kiri) dan Roslam (dua dari kanan) pada majlis menandatangani perjanjian di Seri Negeri, di sini, hari ini.

MELAKA – Kerajaan negeri akan melaksanakan projek tambakan laut seluas 180 hektar melibatkan nilai pelaburan RM1.5 bilion bermula tahun hadapan.

Ketua Menteri, Datuk Seri Sulaiman Md. Ali berkata, projek itu adalah hasil perjanjian yang dimeterai kerajaan negeri bersama Perbadanan Kemajuan Negeri Melaka (PKNM) hari ini.

Katanya, pihak PKNM juga telah memulakan kajian hidraulik serta Penilaian Impak Alam Sekitar (E-I-A) yang dijangka selesai dalam tempoh dua tahun.

“Kerja-kerja penambakan laut akan dilaksanakan dalam tempoh 12 bulan selepas tarikh perjanjian dimeterai iaitu pada tahun hadapan,” katanya pada majlis menandatangani perjanjian dengan PKNM di Seri Negeri di sini hari ini.

Turut hadir mewakili PKNM ialah Timbalan Pengerusi PKNM, Datuk Roslan Ahmad.

Sulaiman berkata, projek tambakan laut itu bertujuan membangunkan industri minyak dan gas.

Ujarnya, selain itu , PKNM melalui anak syarikatnya, PM Multilink Sdn. Bhd. juga mengadakan usaha sama dengan AWH Marine Sdn. Bhd. (AWH Marine) bagi pelaksanaan aktiviti berkaitan maritim di kawasan tiga batu nautika sepanjang perairan Melaka.

“Projek itu akan menjadi sistem sokongan pembangunan industri minyak dan gas yang dirancang.
“Kami yakin pembangunan projek itu mampu memberi impak dan pulangan yang besar kepada ekonomi negeri,” ujarnya. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI