fbpx

DRB-HICOM catat untung sebelum cukai RM540.1 juta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Proton City

PETALING JAYA – DRB-HICOM Bhd. (DRB-HICOM) mencatat keuntungan sebelum cukai bagi tahun kewangan berakhir 31 Di­sember 2020 sebanyak RM540.1 juta, daripada perolehan bernilai RM13.2 bilion.

Bagi suku akhir bagi tahun kewangan tersebut, perolehan Kumpulan adalah sebanyak RM4.85 bilion dengan untung sebelum cukai adalah sebanyak RM948.8 juta.

Ini merupakan tahun kewa­ngan penuh pertama DRB-HICOM untuk tempoh kewangan yang dirombak, oleh itu tiada ­angka suku tahunan atau tahunan terdahulu untuk perbandingan.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan semalam, bagi kedua-dua keputusan bagi suku akhir dan tahun kewangan 2020, perolehan DRB-HICOM telah dipacu oleh sektor automotif dan hartanah.

“DRB-HICOM terus menikmati kesan positif daripada keputusan kerajaan untuk memberi pengecualian cukai jualan bagi pembelian kenderaan penum­pang.

“Perolehan daripada sektor berkenaan dicatat sebanyak RM8 bilion bagi tahun kewangan 2020 dan suku akhir menca­tatkan keputusan terbaik dalam tempoh 12 bulan, dengan nilai perolehan berjumlah RM2.6 ­billion, meningkat tiga peratus dari suku sebelumnya,” katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan semalam.

Perolehan untuk sektor per­khidmatan bagi tahun kewangan 2020 mencecah sehingga RM3.5 bilion, didorong terutamanya oleh prestasi anak-anak syarikat dari subsektor pos dan logistik serta operasi perbankan.

Perolehan bagi suku akhir pula adalah sebanyak RM877.4 juta, iaitu prestasi kedua terbaik.

Selain itu, sektor harta­nah pula mencatat perolehan bernilai RM1.3 bilion, didorong oleh transaksi pelupusan aset dan pelaburan oleh Kumpulan.

Pelupusan yang pertama kali diumumkan pada tahun 2018 sebagai penstrukturan semula operasi sektor hartanah DRB-HICOM, meraih keuntungan RM862.6 juta.

“Antara aset yang dilupuskan adalah hartanah pembangunan ­perumahan yang mana Kumpulan kini tertumpu kepada hartanah perindustrian kerana ia memiliki aset tanah perindustrian yang luas di Kedah, Perak, Melaka dan Johor.

“Transaksi ini juga menandakan DRB-HICOM meninggalkan industri hospitaliti,” ujarnya.

Mengulas lanjut mengenai ­prestasi masa depan, DRB-HICOM optimis terhadap sektor automotif akan terus menjadi pemacu utama pertumbuhan.

Jelas Kumpulan, pelancaran pelbagai varian facelift dan pelbagai kempen promosi yang agresif turut merangsang perniagaan automotif dalam tahun kewangan semasa.

Pegangan pasaran Proton te­lah meningkat kepada 20.5 peratus bagi tahun kalendar 2020.
Proton X50 dan Proton X70 terus menguasai pasaran ken­deraan sukan utiliti untuk segmen C dan segmen B, manakala Proton Saga pula kekal sebagai sedan segmen A yang popular.

Selain itu, Pos Malaysia akan meneruskan inisiatif transformasinya bagi tahun 2021, dengan sasaran peningkatan kecekapan, pengurusan kos dan memanfaatkan peluang pertumbuhan perniagaan.

Sektor e-dagang kini berkembang pesat, tatkala lebih ramai rakyat Malaysia berbelanja secara online dari rumah sebagai satu jaring keselamatan ketika pandemik berleluasa.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI