fbpx

Aerobot bantu penumpang di ISG, Turki

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Malaysia Airports Holdings Bhd. (Malaysia Airports) menggunakan robot sosial mudah alih, diberi nama Aerobot untuk membantu pengunjung di Lapangan Terbang Antarabangsa Istanbul Sabiha Gokcen (ISG) yang dikendalikannya.

Ia merupakan sebahagian daripada inisiatif Airport 4.0 Kumpulan bagi menambah baik pengalaman perjalanan pelanggan dalam suasana norma baharu.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Malaysia Airports, Datuk Mohd. Shukrie Mohd. Salleh berkata, aplikasi teknologi seperti Aerobot kini lebih sesuai dibuat di ISG kerana lapangan terbang itu mencatat pergerakan lalu lintas yang lebih baik berbanding Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur.

“Bulan lalu, ISG merekodkan 1.3 juta pergerakan penumpang, atau 60 peratus daripada jumlah keseluruhan Kumpulan.

“Kami akan sentiasa berusaha mencari penyelesaian teknologi yang dapat meningkatkan tahap perkhidmatan dan berfungsi sebagai langkah untuk meningkatkan ke­selamatan penumpang,” katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan semalam.

ISG kini merupakan salah satu daripada lima lapangan terbang paling sibuk di Eropah.

Bagi memudahkan pengunjung, Aerobot telah diprogramkan dengan lebih daripada 20 bahasa termasuk bahasa Inggeris, Arab, Latin, Russia, dan Perancis.

Robot tersebut akan memprofilkan penumpang terlebih dahulu sebelum mendekati mereka dan berbual.

Selain itu, ia juga dapat membaca kod bar, menjawab pertanyaan berhubung penerbangan dan mengiringi penumpang ke pintu masuk penerbangan mereka.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI